Monday 3 September 2012

SET ASAS PENGURUSAN UMMI RAID


PRODUK UMMI RAID

PENGENALAN
Kami adalah syarikat bumiputera pengeluar untuk produk set asas pengurusan uri kepada muslimin dan musliman yang akan bakal bergelar ibu dan bapa. Produk kami dilabelkan sebagai Set Asas Pengurusan Uri ‘Ummi Raid’ dan sangat sesuai kepada mereka untuk membuat persiapan bagi menyambut kelahiran bayi.

SET ASAS PENGURUSAN URI
Set Asas Pengurusan Uri Ummi Raid merupakan set yang terdiri daripada bahan / peralatan asas yang telah disediakan dalam satu kotak (All In One Box). Mudah dan Praktikal.

Kebiasaannya, apabila diserahkan uri kepada bapa, uri itu akan diserahkan kepada orang tua untuk membantu mereka menguruskan uri tersebut. Apa yang berlaku disituasi ini adalah, mereka yang bergelar bapa tidak mempunyai pendedahan informasi dan tidak mempunyai bahan/peralatan yang diperlukan untuk menguruskan uri tersebut.

Dengan adanya Set Asas Pengurusan Uri Ummi Raid, mereka boleh merujuk kepada Panduan Pengurusan Uri yang telah disertakan bersama Kotak Set tersebut.


Antara kandungan di dalam Set ini adalah seperti berikut:

1) Kotak Kayu (bersifat semulajadi reput)
2) Kain Putih (beserta tali kain pengikat)
3) Asam Jawa
4) Garam
5) Sarung Tangan Latex (getah)
6) Panduan


PASARAN
Set Asas Pengurusan Uri Ummi Raid boleh didapati dan dijual secara atas talian (on line) melalui laman blog (http://ummiraid.blogspot.com), Facebook (http://www.facebook.com/ ummi.raid.1) dan juga Mudah.my. Promosi melalui risalah dilaman blog dan juga facebook menjadikan produk set ini semakin dikenali dan mendapat permintaan yang memberangsangkan oleh pelanggan.
Set ini juga dijual secara aktif melalui Jualan Langsung dengan mengikuti program-program yang berkaitan seperti Kelas Pra Kelahiran (Antenatal Class), Ekspo, Karnival dan sebagainya. Pemberian risalah kepada pengunjung mendapat maklum balas dan sambutan yang baik terhadap set ini.
Dengan permintaan yang menggalakkan dari pelanggan, syarikat merancang untuk meletakkan set ini dikedai-kedai yang membolehkan pelanggan terus membeli dengan mudah. Syarikat akan meletakkan senarai kedai sebagai pengedar set ini dilaman blog dan facebook untuk tujuan hebahan dan promosi.

HARGA
RM35.00 : Termasuk Penghantaran (POS Laju : 2 Hari Bekerja) - Seluruh Semenanjung Malaysia.
* Tambahan RM5.00 untuk Kos Penghantaran (POS Laju : 3 Hari Bekerja) ke Sabah & Sarawak.

Bagi yang hendak membuat Tunai Semasa Penghantaran (Cash On Delivery [COD]) boleh dibuat di Stesyen Minyak Petronas Seksyen 20 Shah Alam Selangor - berhadapan KPJ Selangor Medical Center.

PERANCANGAN
Syarikat bercadang untuk memperkembangkan lagi perniagaan dengan membuka peluang kepada individu mahupun syarikat yang berminat untuk menjadi pengedar set ini di seluruh Malaysia. Permintaan yang menggalakkan dari pembeli/pengguna memberi maklumbalas yang membina agar set ini dipasarkan di Hospital, Farmasi, Kiosk, Butik dan Kedai-kedai serta sebagainya bagi memudahkan pembeli/pengguna boleh terus mendapatkan set ini dengan mudah.

HUBUNGI
Zakza Utama Enterprise
Seksyen 19, Shah Alam SELANGOR
Hp : 013-3881505
Tel/Fax: 03-5548 5505

No comments:

Post a Comment